Xpeed-

Ni Blog aku,ikut suka aku laa aku nak buat apa..Kalo terasa x ske dengan apa yang aku type,dengan hormatnya dipersilakan tekan butang (x) kat atas kanan i.e anda..x payah laa nak sound..!!!..kalau suke,trus scroll ke bawah ye..huhuhuhu
3:52 PM

Bidaah Dalam Menguruskan Jenazah

kali ni nak type pasal perangai orang melayu setiap kali ada kematian.

1) tah mana datang ilmu,setiap kali ada orang meninggal..mesti ada "kenduri arwah,tahlil arwah" pastu siap nak tetapkan hari (1,2,3,7,14,40,44,100)..tahlil tu x salah,tp kenapa mesti nak tetapkan hari..mana dapat ilmu??..meh tunjuk kitab meh..hehehe..
Keluarga si mati sibuk membuat makanan dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya sebagaimana yang berlaku di zaman sekarang.Perbuatan tersebut adalah bidaah yang berlawanan sama sekali dengan sunnah Rasulullah S.A.W. Menurut sunnah perkara yang harus dilakukan adalah sebaliknya,sebahagian mereka yang mengiringi jenazah berperanan membawa makanan dan dihantar kepada keluarga si mati atau mengumpulkan mereka di sebuah rumah orang yang menjemput,disunatkan supaya dibuat dengan banyak sekira kira mencukupi untuk sehari semalam bagi keluarga si mati.Ini berdasarkan peristiwa ketika Rasulullah S.A.W diberitahu tentang kematian Jaafar bin Abi Talib,Baginda bersabda :
"Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar,sesungguhnya telah berlaku kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka"

Akan tetapi pada hari ini,keluarga si mati pula yang bersusah payah keluar duit yang agak banyak untuk menyediakan makanan dan menjemput "orang surau/masjid" utk datang ke rumah dan bertahlil,kalau buat sesama keluarga sahaja x boleh ke??adoi!!huhu..kan lagi baik kalau buat sesama keluarga je,insyallah semua ikhlas nak bertahlil..bukan apa,kadang kadang orang luar yang datang ke rumah kita tu,bukan ikhlas sangat pun nak tahlil,kadang kadang orang² yang nakal ni datang nak makan je (eh,bapak si polan tu meninggal la,ada harapan makan free 7 hari 7 malam ni)<--bnda ni mesti kita smua penah denga kan.. :)

Lagi satu terfikir x kita sekiranya makanan yang disediakan adalah daripada harta ahli waris yang belum baligh tu hukumnya haram untuk di makan.Haram kerana ia adalah perbuatan memakan harta anak yatim dan mensia-siakan hartanya yang tidak memberi apa apa maslahat(kebaikan) kepadanya.Semua dikira terlibat dalam melakukan perbuatan yang haram itu sama ada keluarga yang menjemput atau mereka yang datang memakannya.

2)Apabila mati seseorang manusia itu maka terputuslah segala amalannya dan hubungannya di dunia kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berkekalan,ilmu yang bermanfaat,anak yang soleh dan solehah..ok ayat tu dah cukup clear utk difahami..Persoalannya,kenapa ada orang melayu yang mengatakan bila seseorang itu meninggal,hendaklah dibiarkan rumah si mati itu dalam keadaan terang dan sentiasa ada orang selama 44 hari,kalau tak buat bnda tu,roh si mati akan pulang ke kubur dalam keadaan sedih/menangis.Dah terang terang ayat kat atas tu cakap bila meninggal dunia dah terputus hubungan si mati dengan dunia..namanya pun meninggal dunia,kalau die boleh balik balik,bukan meninggal dunia namanya..itu namanya meninggalkan rumah..hehehe..masalah betul orang melayu zaman sekarang ni ek..hehehe..kesimpulannya,roh si mati akan pulang kerumah selama 44 hari tu dan balik semula ke kubur dalam keadaan sedih/gembira tu adalah x betul dan x berasas sama sekali,makanya start dari dah tau ni,xyah laa diguna pakai ilmu yang x betul tu..xde maknanya malaikat nak kasi can si roh tu balik ke dunia dan survey rumah,kalau die dah nampak bayangan nikmat syurga,xde pasal laa die nak balik dunia,apa barang dunia,dah nampak syurga bro!!..kalau die dah nampak bayangan azab neraka,jangan harap laa nak lari lari ke dunia lagi(dah meninggal tu,meninggal la,banyak cantik nak balik survey rumah):D

3)Bunga bunga cinta di pusara..hahahaha....Diantara bentuk bidaah yang haram juga ialah membawa bunga bungaan dan seumpanya bersama jenazah dan ditaburkan di atas kubur.Ia adalah bidaah yang diharamkan kerana mengikuti adat-adat orang kafir dalam upacara pengebumian jenazah mereka.Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah megah dan bangga.

4)Kubur ke pesta landskap??..kubur kat zaman skrg ni dah macam ada pertandingan kubur sape paling cantik,tu yang masing² nak make up kubur keluarga masing² tu..tah apa apa..Makruh membina kubur (samada bahagian dalam atau luar) dengan setiap bnda yang di proses menggunakan api,seperti simen kapur dan seumpanya..Muslim (970) meriwayatkan daripada Jabir r.a "Rasulullah melarang kubur daripada simen"..Manakala hukumnya haram jika kubur dibina menggunakan marmar dan seumpanya kerana amat berlawanan dengan tegahan Rasulullah S.A.W...Haram juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah oleh syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk nunjuk yang amat di murkai oleh Allah S.W.T..

dah,penat nak type lagi,next time laa kalau rajin saya update lagi entry bab ni..saya ngantuk..kalau ada salah ayat ke apa apa ke,esok saya betulkan,dah ngantuk ni,malas nak check..hehehe..bye

*Fiqhul Manhaji Al-Shafiie Jilid 1 M/S 390 - 395,Fiqh & Perundangan Islam Jilid 2 (rujuk kitab² tu kalau x percaya or kurang percaya apa yang saya type) TQ

2:41 PM

Khaibar Khaibar Ya Yahud..!!!

Wahai tuhan kami,engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami,maka kami memohon perlindungan dari kejahatan mereka.Ya Allah,hancurkanlah musuh musuhMu dan musuh agamaMu.Ya Allah pecahkan pakatan ,kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah juga Ya Allah pendirian dan kekuasaan mereka.Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-anjingMu(tentera-tentera Allah),Ya Qahhar,Ya Jabbar,Ya Muntaqim.Ya Allah wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.Ya Allah tuhan yang menurunkan kitab,yang menggerakkan awan,yang menghancurkan tentera ahzab,hancurkanlah mereka hancurkanlah mereka hancurkanlah mereka.Duhai Tuhan sekalian Alam.

4:54 PM

Baby Tasneem

Ni pic baby tasneem tgh tdo!!..umur die 10 hari time ni hehehe..gambar kurang memuaskan sebab snap pakai hp punye camera..x kisah la..janji snap kan kan kan.. :D


Besar nnt jangan ikut perangai bob tau..hahahahahah...umur 10 tahun start hafaz quran ea,dah jom tdo..bye