Saudara-saudara Muslimin dan Muslimat sekalian.
Saya nak bercakap mengenai persoalan
yang paling asas, yang ada hubungan dengan kewujudan Individu dan
Masyarakat.
Mula-mula sekali ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran, dan
kemudian saya akan cuba menerangkan pandangan Islam tentang
perhubungan sosial dan menggambarkan betapa ianya amat realistik di
dalam kehidupan bermasyarakat Ayat itu berbunyi:-
Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan
kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah
memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada
Allah yang dengan mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu
sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu.
Ayat ini menerangkan dengan jelasnya pandangan Islam tentang
kedudukan wanita, hak-hak serta kewajipan lelaki dan wanita.
Pertamanya, Allah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan
cara yang sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat, seolah olah
mereka berasal dari tubuh yang satu. Kelainan dalam binaan tubuh badan
mereka menyebabkan mereka menjalani kehidupan ini dengan
selesa.
Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari satu jiwa dan jiwa itu
dibahagikan kepada dua bahagian, namun demikian tidak wujud
percangahan atau permusuhan sesama mereka. Dalam menjalani hidup ini,
kaum lelaki diberikan seorang teman hidup dari jenisnya sendiri yang
mana ia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Selepas itu umat manusia
berkembang biak dari mereka berdua. Allah S.W.T merestui penyatuan,
kasih sayang dan kehidupan rumahtangga mereka dengan menambahkan
bilangan mereka, dengan ini mereka yang pada asalnya cuma dua orang
kini telah berlipat ganda menjadi berjuta-juta orang sehingga tiada siapa
yang dapat memberitahu berapa ramai jumlah manusia yang dilahirkan di
dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Allah membayangkan
ramainya bilangan mereka dengan menggunakan perkataan "Berkembang
Biak".
Kemudian Allah menyatakan: Takutilah Allah yang atas namanya
kamu meminta kepada orang lain. Satu saranan yang bersifat revolusioner
pertama kali disebut oleh Al-Quran iaitu dalam hal ehwal pengendalian
ekonomi manusia, tiada seorang pun boleh berdiri sendiri, semua orang
bergantung kepada orang lain. Setiap orang pada masa yang sama ialah
seorang pemberi dan seorang peminta. Pembahagian ini bukanlah pada
satu pihak terdiri dari peminta-peminta dan pada satu pihak lagi adalah
pemberi-pemberi. Si peminta juga adalah pemberi dan begitu juga
sebaliknya. Setiap orang diikat oleh rangkaian hak-hak dan kewajipan,
Dalam susunan (network) hidup bertamaddun setiap orang saling
memerlukan antara satu sama lain.
Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau
memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah. Seperti: "As aluka
billah" ertinya: Saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah.
Tanpa wanita, tiada lelaki yang dapat memenuhi perjalanan
tabi'enya dengan cara yang selesa dan mudah, dan begitu juga, tiada wanita
solehah yang dapat menjalankan kehidupan yang bahagia dan tenteram tanpa
ada seorang teman hidup. Allah Pencipta alam menjadikan mereka saling
memerlukan, yang mana tanpa ada seorang maka kehidupan seorang lagi
menjadi tidak sempurna.
Sekali lagi, ditegaskan bahawa dengan Nama Allah maka kita
meminta hak kita sesama sendiri. Ummah Islamiah (Masyarakat Islam)
ditegakkan atas kepercayaan kepada Allah yang Esa, Kekuasaan, Kebesaran
dan KetauhidanNya. Perhubungan antara seorang Muslim dan Muslimah
menjadi sah apabila disebutkan nama Allah di antara mereka. Dengan
nama Allahlah maka orang asing, saudara mara yang jauh dan dekat
menjadi bersaudara.
Ikatan antara lelaki dan wanita adalah ikatan Iman dan kasih
sayang; ikatan yang mendalam, rapat dan semula jadi. Ini, merupakan satu
ikatan yang unik. Semua ini ialah keajaiban yang lahir dari menyebut nama
Allah. Satu dunia baru dilahirkan apabila disertakan dengan Nama Allah.
Muslim dan Muslimah tidak boleh bercampur secara bebas antara satu
sama lain dan ada kalanya mereka tidak boleh berjalan sama. 'Mereka
bukan muhrim’ (Mereka tidak boleh masuk ke bilik Muslimah dan
sebaliknya). Tetapi satu ikatan yang suci dibuat sebaik sahaja Nama Allah
di sebut di antara mereka.
Al-Quran dengan gayanya yang tidak dapat ditiru telah
menerangkan kenyataan asas masyarakat manusia, saling bergantungan di
kalangan anggotanya, saling kait dan memerlukan, dalam beberapa ayat
yang mudah Dengan mempergunakan Namanya kamu saling meminta
antara satu sama lain.
Ayat ini seterusnya mendesak supaya kita bertaqwa kepada Allah
yang dengan menggunakan Namanya kita menghalalkan apa yang
dihalalkannya dan mencetuskan revolusi dalam kehidupan kita. Al-Quran
telah menggunakan satu ungkapan yang tiada tolok bandingnya untuk
menjelaskan perhubungan yang rapat antara suami dan isteri. Ayat itu
menyebut: Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah
pakaian bagi mereka. (S. Al-Baqarah 2:187) Hanya Al-Quran sahaja yang
mampu menggunakan perkataan pakaian dalam konteks ini. Pakaian
digunakan untuk menutup kebogelan dan perhiasan hidup. Ia
menyimpulkan kepada kita segala-galanya yang merangkumi pengertian
perhubungan cinta, kepercayaan dan sikap amanah antara suami dan
isteri. Jika tanpa pakaian manusia kelihatan seperti haiwan dan tidak
berupa manusia yang bertamadun, maka begitu juga tanpa perkahwinan,
manusia adalah tidak bertamadun.Didalam Islam perkahwinan tidak dianggap sebagai satu keperluan tetapi tergolong sebagai suatu Ibadah yang menghampirkan manusia kepada
khalidnya atau dengan kata lain, konsep perkahwinan di dalam Islam
bukanlah untuk memenuhi tuntutan biologi atau kehidupan sosial yang
tanpanya kenikmatan hidup menjadi tidak sempurna, tetapi ia mempunyai
kepentingan Aqidah dan mempunyai kedudukan sebagai satu Ibadah.
Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupannya.
Sabda Baginda "Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik
kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku." Jika
saudara mempelajari sirah Rasulullah S.A.W saudara akan ta'ajub terhadap
kehormatan yang Islam berikan kepada kaum wanita. Usaha Rasulullah
S.A.W untuk menggembirakan isteri-isteri Baginda, penglibatannya dalam
aktiviti-aktiviti rekreasi mereka dan keadilannya terhadap mereka amatlah
mulia.Rasulullah amat baik hati dan sayang kepada kanak-kanak, sehingga
Baginda akan memendekkan solah (Namaz) yang paling di sukainya, jika ia
mendengar suara anak-anak menangis, inilah kemuncak kemurahan hati
dan pengorbanan. Tiada suatu pun yang lebih berharga bagi Rasulullah
selain dari Solah. Meskipun demikian Rasulullah menyatakan," Kadang
kala saya gemar memanjangkan solah tetapi apabila saya mendengar suara
kanak-kanak menangis, saya memendekkannya dengan berfikir yang ini
akan menyusahkan hati para ibu (yang turut sama dalam solah jema'ah)".
Contoh-contoh ini ada di hadapan kita. Allah meminta kita menjaga
nama baik kita. Kita tidaklah boleh mempunyai kepentingan yang lain.
Perintah ini ditujukan kepada lelaki dan wanita. Saudara-saudara kini
hidup dalam masyarakat Amerika. Kita bukan sahaja mesti
memperkenalkan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat Amerika, tetapi juga
kita mesti menunjukkan model (contoh) sistem kekeluargaan Islam
kepada mereka. Tamaddun Barat sekarang ini sedang menuju ke arah
kejatuhan. Tidak ada kesangsian lagi. Salah satu dari sebab-sebab utama
ialah perpecahan keluarga.
Perasaan kasih sayang dan sifat percaya mempercayai yang menjadi
tunggak kehidupan keluarga sekarang ini diambil alih oleh sifat kepentingan
diri dan syahwat. Ahli-ahli falsafah moden berasa bimbang dan
kajian-kajian untuk menjaga keutuhan keluarga telah dilakukan.
Seharusnya wujud perasaan simpati dan kasih sayang dari kedua-dua belah
pihak, kerana inilah sahaja yang dapat memberikan kebahagian yang
sebenarnya. Walaupun berlaku kemiskinan dan kelaparan tetapi dapat
diatasi oleh ketenteraman kerana di sana terdapat kesediaan dan perasaan
kasih sayang dan mengongsi perasaan antara satu sama lain. Sampai ke hari
ini pun terdapat banyak keluarga di Timur yang tidak cukup makan tetapi
mereka hidup bahagia kerana ada perasaan kasih sayang. Di Barat, terdapat
segala kekayaan, penemuan saintifik, dan pencapaian keilmuan - tetapi hatihati
itu tidak merasai ketenangan dan kepuasan. Mereka tidak mampu
menjadikan Rumah tangga mereka sebagai syurga. Seperti kata Iqbal:
la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya.
Manusia moden dilengkapi dengan kekuatan tetapi berpandangan
cetek. Orang yang menjumpai kuasa matahari (solar radiation) tidak dapat
menerangi jalannya sendiri, dan orang yang mencari orbit bintang-bintang
dan jika Iqbal ditakdirkan masih hidup pada hari ini ia mungkin akan
berkata, orang yang menuju ke bulan tidak dapat mengembara dunia
fikirannya sendiri dan menjadikan rumahtangganya tempat yang bahagia.
Orang yang menukar dunia menjadi syurga berakhir dengan menjadikan
rumahtangga sebuah neraka. Banyak dari keluarga-keluarga Barat yang
tidak dirahmati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Itulah sebabnya
mengapa mereka mencarinya di kelab-kelab dan lain-lain aktiviti luar.
Saudara-saudara lebih menyedari aspek yang menyayat hati ini
dalam kehidupan masyarakat Amerika kerana saudara telah tinggal di sini
selama sepuluh atau dua puluh tahun. Tidak perlulah bagi saya
memanjangkan perkara ini. Ayat suci Al-Quran yang saya bacakan
menerangkan kebenaran asas sistem hidup Islam di mana masyarakat
manusia ditegakkan atas dasar saling bergantungan dan hormat menghormati
hak antara satu sama lain. Setiap orang ada kemahuannya.
Tetapi untuk menyedarinya sebagai satu hakikat kewujudan manusia dan
untuk berterima kasih kepada orang yang menunjukkan hakikat itu ialah
merupakan sikap yang ada pada seseorang Islam. Islam sentiasa berusaha
mengembangkan dan mengukuhkan pandangan seumpama ini. Islam
menghendaki setiap orang menganggap dirinya bergantung kepada orang
lain dan menghormati semua ahli-ahli dalam masyarakat. Dengan ini tidak
timbul masalah penyesuaian.
Semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayahNya kepada saudara saudari
pada jalanNya yang lurus dan saudara-saudarai diberi kemampuan
untuk melahirkan corak kehidupan masyarakat Islam yang akan menarik
masyarakat Barat yang sedang tenat dengan hidup ini dan menggalakkan
mereka supaya merenung dan meneliti dengan berhati-hati peraturanperaturan
hidup bermasyarakat di dalam Islam.
|||Harakah Islamiah|||
My Blog List
Jangan Cakap kat cni,Cakap Orang X denga..So Type Je Kat Bawah Ni,
Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya
mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:
1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)
2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka
akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat Seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah
Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)
6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula
tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10) Dan firman Allah s.w.t;
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).

Xpeed-
Ni Blog aku,ikut suka aku laa aku nak buat apa..Kalo terasa x ske dengan apa yang aku type,dengan hormatnya dipersilakan tekan butang (x) kat atas kanan i.e anda..x payah laa nak sound..!!!..kalau suke,trus scroll ke bawah ye..huhuhuhu
4:43 PM
Labels: Pencil 2B
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment