kali ni nak type pasal perangai orang melayu setiap kali ada kematian.
1) tah mana datang ilmu,setiap kali ada orang meninggal..mesti ada "kenduri arwah,tahlil arwah" pastu siap nak tetapkan hari (1,2,3,7,14,40,44,100)..tahlil tu x salah,tp kenapa mesti nak tetapkan hari..mana dapat ilmu??..meh tunjuk kitab meh..hehehe..
Keluarga si mati sibuk membuat makanan dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya sebagaimana yang berlaku di zaman sekarang.Perbuatan tersebut adalah bidaah yang berlawanan sama sekali dengan sunnah Rasulullah S.A.W. Menurut sunnah perkara yang harus dilakukan adalah sebaliknya,sebahagian mereka yang mengiringi jenazah berperanan membawa makanan dan dihantar kepada keluarga si mati atau mengumpulkan mereka di sebuah rumah orang yang menjemput,disunatkan supaya dibuat dengan banyak sekira kira mencukupi untuk sehari semalam bagi keluarga si mati.Ini berdasarkan peristiwa ketika Rasulullah S.A.W diberitahu tentang kematian Jaafar bin Abi Talib,Baginda bersabda :
"Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar,sesungguhnya telah berlaku kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka"
Akan tetapi pada hari ini,keluarga si mati pula yang bersusah payah keluar duit yang agak banyak untuk menyediakan makanan dan menjemput "orang surau/masjid" utk datang ke rumah dan bertahlil,kalau buat sesama keluarga sahaja x boleh ke??adoi!!huhu..kan lagi baik kalau buat sesama keluarga je,insyallah semua ikhlas nak bertahlil..bukan apa,kadang kadang orang luar yang datang ke rumah kita tu,bukan ikhlas sangat pun nak tahlil,kadang kadang orang² yang nakal ni datang nak makan je (eh,bapak si polan tu meninggal la,ada harapan makan free 7 hari 7 malam ni)<--bnda ni mesti kita smua penah denga kan.. :)
Lagi satu terfikir x kita sekiranya makanan yang disediakan adalah daripada harta ahli waris yang belum baligh tu hukumnya haram untuk di makan.Haram kerana ia adalah perbuatan memakan harta anak yatim dan mensia-siakan hartanya yang tidak memberi apa apa maslahat(kebaikan) kepadanya.Semua dikira terlibat dalam melakukan perbuatan yang haram itu sama ada keluarga yang menjemput atau mereka yang datang memakannya.
2)Apabila mati seseorang manusia itu maka terputuslah segala amalannya dan hubungannya di dunia kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berkekalan,ilmu yang bermanfaat,anak yang soleh dan solehah..ok ayat tu dah cukup clear utk difahami..Persoalannya,kenapa ada orang melayu yang mengatakan bila seseorang itu meninggal,hendaklah dibiarkan rumah si mati itu dalam keadaan terang dan sentiasa ada orang selama 44 hari,kalau tak buat bnda tu,roh si mati akan pulang ke kubur dalam keadaan sedih/menangis.Dah terang terang ayat kat atas tu cakap bila meninggal dunia dah terputus hubungan si mati dengan dunia..namanya pun meninggal dunia,kalau die boleh balik balik,bukan meninggal dunia namanya..itu namanya meninggalkan rumah..hehehe..masalah betul orang melayu zaman sekarang ni ek..hehehe..kesimpulannya,roh si mati akan pulang kerumah selama 44 hari tu dan balik semula ke kubur dalam keadaan sedih/gembira tu adalah x betul dan x berasas sama sekali,makanya start dari dah tau ni,xyah laa diguna pakai ilmu yang x betul tu..xde maknanya malaikat nak kasi can si roh tu balik ke dunia dan survey rumah,kalau die dah nampak bayangan nikmat syurga,xde pasal laa die nak balik dunia,apa barang dunia,dah nampak syurga bro!!..kalau die dah nampak bayangan azab neraka,jangan harap laa nak lari lari ke dunia lagi(dah meninggal tu,meninggal la,banyak cantik nak balik survey rumah):D
3)Bunga bunga cinta di pusara..hahahaha....Diantara bentuk bidaah yang haram juga ialah membawa bunga bungaan dan seumpanya bersama jenazah dan ditaburkan di atas kubur.Ia adalah bidaah yang diharamkan kerana mengikuti adat-adat orang kafir dalam upacara pengebumian jenazah mereka.Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah megah dan bangga.
4)Kubur ke pesta landskap??..kubur kat zaman skrg ni dah macam ada pertandingan kubur sape paling cantik,tu yang masing² nak make up kubur keluarga masing² tu..tah apa apa..Makruh membina kubur (samada bahagian dalam atau luar) dengan setiap bnda yang di proses menggunakan api,seperti simen kapur dan seumpanya..Muslim (970) meriwayatkan daripada Jabir r.a "Rasulullah melarang kubur daripada simen"..Manakala hukumnya haram jika kubur dibina menggunakan marmar dan seumpanya kerana amat berlawanan dengan tegahan Rasulullah S.A.W...Haram juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah oleh syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk nunjuk yang amat di murkai oleh Allah S.W.T..
dah,penat nak type lagi,next time laa kalau rajin saya update lagi entry bab ni..saya ngantuk..kalau ada salah ayat ke apa apa ke,esok saya betulkan,dah ngantuk ni,malas nak check..hehehe..bye
*Fiqhul Manhaji Al-Shafiie Jilid 1 M/S 390 - 395,Fiqh & Perundangan Islam Jilid 2 (rujuk kitab² tu kalau x percaya or kurang percaya apa yang saya type) TQ
. : : I'M SoN : : .
|||Harakah Islamiah|||
Blog Archive
My Blog List
Jangan Cakap kat cni,Cakap Orang X denga..So Type Je Kat Bawah Ni,
Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam
mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:
1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)
2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka
akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat Seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah
Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)
6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula
tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10) Dan firman Allah s.w.t;
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).
Xpeed-
Labels: I'M
Wahai tuhan kami,engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami,maka kami memohon perlindungan dari kejahatan mereka.Ya Allah,hancurkanlah musuh musuhMu dan musuh agamaMu.Ya Allah pecahkan pakatan ,kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah juga Ya Allah pendirian dan kekuasaan mereka.Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-anjingMu(tentera-tentera Allah),Ya Qahhar,Ya Jabbar,Ya Muntaqim.Ya Allah wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.Ya Allah tuhan yang menurunkan kitab,yang menggerakkan awan,yang menghancurkan tentera ahzab,hancurkanlah mereka hancurkanlah mereka hancurkanlah mereka.Duhai Tuhan sekalian Alam.
Labels: I'M
Ni pic baby tasneem tgh tdo!!..umur die 10 hari time ni hehehe..gambar kurang memuaskan sebab snap pakai hp punye camera..x kisah la..janji snap kan kan kan.. :D
Besar nnt jangan ikut perangai bob tau..hahahahahah...umur 10 tahun start hafaz quran ea,dah jom tdo..bye
Labels: I'M
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya ciptaan langit dan bumi dah silih pergantian malam dan juga siang terdapat tanda² bagi orang² yang berakal iaitu mereka² yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata " Ya Tuhan Kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia sia,maha suci Engkau maka peliharalah kami dari seksa api neraka.
Dari aku setitis air mani yang bernama nutfah,Dari aku segumpal darah yang bernama 'alaqa,Dari aku segumpal daging yang bernama mudghah,Dikumpulkan ciptaan kami di dalam rahim ibu,Kemudian diutuskan malaikat kepadamu,Lalu ditiupkan roh ke jasadmu,
Wahai malaikat, tulis, tulis......,
Apakah hujung hayatnya mati husnul khotimah,
Apakah hujung hayatnya mati suul khotimah,
Sesungguhnya syurga itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang baik,
Sesungguhnya neraka itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang jahat
"Tuhanku, aku bukanlah layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula kuat menannggung siksa nerakaMu,
Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Bahawasanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa yang besar"
Kemudian, lahirlah bayi ini,Kemudian, lahirlah makhluk ini,Kemudian, lahirlah hamba Allah ini,Kemudian, lahirlah khalifah Allah di muka bumi ini,
Kemudian,lahirlah aku makhluk Allah yang bernama manusia!!!,
Tangisan bayi di bawah kelopak keheningan sujud,
Kenapa engkau menangis anak?,Demikian tiap manusia dilahirkan,Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk,Demikian hari pertama manusia lahir bersama tangisan,
Demikian manusia kembali kepada Allah bersama TANGISAN
Labels: I'M
22 Dzulhijjah 1429/21 Disember 2008...Tasneem Khaireen selamat dilahirkan..smuanya selamat..yahhooo!!..aku punye suka dah macam anak aku je..hahahah..doakan saya dapat jaga baby tu dengan baik n besarkan die dengan didikan agama yang secukupnya..insyallah..n thanks to ima sbb bg nama tu!! :)(Tasneem Khaireen)..aritu doa untuk member..kali ni doa untuk baby tasneem lak..jom..
Keluarlah hai bayi, dari perut yang sempit ke luasnya dunia ini. Keluarlah dgn kekuasaan Allah SWT yang telah menciptakan engkau di dalam tempat yang kokoh (rahim) menuju ketentuan yang telah diketahui.
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (ali-‘Imran: 36)
Segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian
Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah,
Sesungguhnya pada hari ini telah lahir dengan izinmu seorang bayi perempuan yang diberi nama Tasneem Khaireen.Maka Kau berilah keberkahan tercurah kepada bayi ini.berilah bayi ini kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah dirinya dari siksa neraka.Kau tuangkanlah kesabaran atas dirinya,murahkan rezekinya dan tolonglah dia terhadap orang-orang kafir.Masukkanlah dirinya kedalam golongan orang-orang yang menjadi saksi tentang keesaaMu.
Ya Allah,
Keluarkanlah dirinya dari negeri yang zalim penduduknya, dan berilah dia pelindung dari sisi Engkau dan berilah dia penolong dari sisi Engkau.Janganlah Engkau jadikan bayi ini sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah dia dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang kafir.Ya Tuhanku,janganlah Engkau tempatkan dia bersama orang-orang yang zalim dan jangan jadikan dia berada diantara orang-orang yang zalim.Lapangkanlah urusannya dan hilangkanlah kekakuan lidahnya agar dia mengerti perkataanmu,sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui (keadaan ku).
Ya Tuhan kami, tambahkanlah kepadanya ilmu pengetahuan,berilah dia ilmu dan masukkanlah dia kedalam golongan orang-orang yang solehah.Jadikanlah dirinya dan anak cucunya orang-orang yang selalu mendirikan solat, Ya Allah, perkenankanlah doaku.
Labels: I'M
17 December 2008..Ucapan Setinggi tinggi tahniah kat sorang SAHABAT yang dah nikah baru baru ni kot!!(tarikh aku xtau bila sbb xde orang yang nak bgtau termasuklah orang yang nikah,apa yang pasti,dah nikah la agaknya :) )..xpe,small matter..Jom Doa Untuk Dia..Ikhlas
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya.Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian
Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah mereka dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Muhammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.
Pada Hari-Hari yang lalu dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu.Aku tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan redha dan maghfirah-Mu.Aku tahu, amat berat bagi mereka untuk mengayuh perahu rumah tangga mereka menghadapi taufan godaan di hadapan mereka. Karena itulah,Aku datang memohon rahman dan rahim-Mu.
Jadikanlah mereka saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan
Indahkanlah rumah mereka dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah mereka dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi mereka dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran mereka, penglihatan mereka, hati mereka, keturunan mereka dan ampunilah mereka
Ya Allah perkenankanlah doaku ini Ya Allah,perkenankanlah perkenankanlah perkenankanlah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Amin...
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan. :)
Enjoy Your New Life
Labels: I'M
yahoo..akhirnya saya dan crew berjaya menjalankan majlis makan malam bersama anak yatim anjuran K.U.A.S.A. Kami buat persiapan hanya seminggu lebih je sbb masing-masing bz dengan kerja,tp apa pun kira happening gak aa malam tu n dapat pujian sket dari ayahanda dan along walaupun last² majlis tu ada technical error sket..
kepada smua adik beradik yang terlibat,thanks a lot,n saya nak mintak maaf kalau masa keje tu saya ada marah or tertinggi suara..biasala tgh keje kan..huhuhuh
apapun,korang best aaa...abg man,fozat,luv u laa!!!tq ea sbb tolong kitaorang kat bp ni
Insyallah thn depan kalau ada majlis camni lagi,kitaorang buat yang lagi baik..hehehe
Bye
Labels: I'M