Xpeed-

Ni Blog aku,ikut suka aku laa aku nak buat apa..Kalo terasa x ske dengan apa yang aku type,dengan hormatnya dipersilakan tekan butang (x) kat atas kanan i.e anda..x payah laa nak sound..!!!..kalau suke,trus scroll ke bawah ye..huhuhuhu
7:43 PM

KeLahIRaN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya ciptaan langit dan bumi dah silih pergantian malam dan juga siang terdapat tanda² bagi orang² yang berakal iaitu mereka² yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata " Ya Tuhan Kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia sia,maha suci Engkau maka peliharalah kami dari seksa api neraka.

Dari aku setitis air mani yang bernama nutfah,Dari aku segumpal darah yang bernama 'alaqa,Dari aku segumpal daging yang bernama mudghah,Dikumpulkan ciptaan kami di dalam rahim ibu,Kemudian diutuskan malaikat kepadamu,Lalu ditiupkan roh ke jasadmu,

Wahai malaikat, tulis, tulis......,
Apakah hujung hayatnya mati husnul khotimah,
Apakah hujung hayatnya mati suul khotimah,
Sesungguhnya syurga itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang baik,
Sesungguhnya neraka itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang jahat

"Tuhanku, aku bukanlah layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula kuat menannggung siksa nerakaMu,
Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Bahawasanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa yang besar"

Kemudian, lahirlah bayi ini,Kemudian, lahirlah makhluk ini,Kemudian, lahirlah hamba Allah ini,Kemudian, lahirlah khalifah Allah di muka bumi ini,
Kemudian,lahirlah aku makhluk Allah yang bernama manusia!!!,
Tangisan bayi di bawah kelopak keheningan sujud,
Kenapa engkau menangis anak?,Demikian tiap manusia dilahirkan,Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk,Demikian hari pertama manusia lahir bersama tangisan,
Demikian manusia kembali kepada Allah bersama TANGISAN

0 comments: